• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Cari Keberkatan Dalam Bekerja-SUK

Wan Nawawi ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Iman  (WDI), di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, pagi ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. Putra

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail mengingatkan semua penjawat awam agar mencari keberkatan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

Katanya, pendapatan yang diterima tidak membawa erti sekiranya ianya tidak berkat.

“Jumlah pendapatan atau gaji yang kita terima tidak akan membawa apa-apa makna kalau ianya tidak ada keberkatan.

“Jadi sekarang ini yang perlu kita cari ialah keberkatan. Dan untuk mendapat satu keberkatan yang optimum adalah dengan mensyukuri dan redha dengan apa yang kita perolehi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, pagi ini.


Wan Nawawi turut mengajak kakitangan awam muhasabah diri dan menilai sejauhmana keberkatan gaji yang diterima sebelum ini.

“Tanya balik diri kita, adakah gaji yang kita terima berkat dan sejauh mana gaji yang kita dapat yang betul-betul boleh manfaatkan.

“Redha dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan sentiasalah bergerak ke hadapan untuk memacu kejayaan demi kejayaan dalam kerjaya kita sebagai seorang penjawat awam,” ujarnya.

Tag: