Isu Banjir Di Perkampungan Darul Barakah Dapat Perhatian Kerajaan Negeri
MIRI, 20 Ogos- Cuaca tidak menentu di venue acara sukan pelayaran Marina Bay, Miri menjadi cabaran tambahan buat skuad pelayaran Terengganu mencari rentak memburu pingat yang telah bermula secara rasmi, semalam.
Ketua jurulatih sukan pelayaran Terengganu, Abdul Rani Idris berkata, pasukannya bermula baik di peringkat awal semalam apabila kekal di kedudukan dua teratas dalam empat acara yang dipertandingkan.
"Hari ini, bermula seawal pagi cuaca di sini masih hujan lebat dengan angin bertiup kencang di mana kami masih menanti perlumbaan untuk bermula.
"Cuaca kelmarin yang tidak menentu dengan tiupan angin yang kuat memberi kesukaran buat pelayar-pelayar kami untuk mengawal bot masing-masing.
"Melihat pada faktor cuaca semasa ini, kami perlu merangka taktikal baru untuk memanfaatkan segala ruang dan peluang yang ada untuk memburu pingat di sini." ujar
Terengganu mempertaruhkan 11 pelayar lelaki dan enam pelayar wanita bagi perebutan tujuh pingat emas yang dipertandingkan.
Tujuh kategori perlumbaan sukan pelayaran iaitu Optimist, ILCA 4, ILCA 6, ILCA 7, International 420, Techno 293 dan RS:One yang menjadi taruhan di perairan Marina Bay.