• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

Dana Bantuan Persekolahan Ringankan Beban Rakyat

Ustaz Mat Daik Mohamad menyerah beg sekolah kepada salah seorang pelajar yang layak menerima Dana Bantuan Persekolahan di Hulu Besut 

Oleh : Norekwan Mamat

HULU BESUT  17 Disember -Dana Bantuan Persekolahan yang mula diagihkan bermula hari ini mampu meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri(DUN) Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad, berkata bantuan dana ini dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan kerana persiapan untuk memasuki penggal persekolahan yang baharu juga adalah kos yang perlu difikirkan.

"Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah menyediakan bantuan I-DANA walaupun tidak sebesar mana tetapi ianya satu pemberian yang perlu kita syukuri.

“Bantuan yang diberi kerajaan negeri ini membuktikan keprihatinan terhadap bidang pendidikan agak anak-anak keluarga kurang berkemampuan ini dapat memasuki sesi persekolahan baharu dengan pakaian lengkap sama seperti anak yang lain,” katanya ketika Majlis Perasmian I-DANA di Dewan Sivik Kampung Pasir Akar, di sini hari ini.


Beliau juga mengucapkan penghargaan  kepada pihak Institusi Modal Insan Terengganu Sejahtera(i-MiTS) Dun Hulu Besut kerana bertungkus lumus dalam membuat persiapan untuk program ini.

Untuk rekod, kerajaan Pas meneruskan pemberian Dana Bantuan Persekolahan yang sudah menjadi tradisi tahunan semasa kerajaan terdahulu dengan memperuntukkan RM12 juta bagi sesi persekolahan 2019.

Dianggarkan 116,000 pelajar akan mendapat manfaat daripada dana itu yang digerakkan bagi meringankan bebanan keluarga.





Tag: