KUALA TERENGGANU, 2 Februari - Dato’ Nara Setia, dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) yang baharu berkuat kuasa 1 Februari 2026.
Beliau menggantikan Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail yang sebelum ini memegang jawatan berkenaan.
Dato’ Nara Setia, 61, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Perniagaan Tani) dari Universiti Putra Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam negeri.
Sepanjang kerjaya, beliau pernah berkhidmat sebagai Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu selain memegang jawatan Pegawai Kewangan Negeri.
Jawatan terakhir beliau sebelum pelantikan ini ialah Setiausaha Kerajaan Terengganu.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Dato' Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan. berkata, pelantikan Dato’ Nara Setia diharap dapat memperkukuh peranan MAIDAM dalam memelihara dan memperkasa hal ehwal Islam serta adat Melayu di negeri ini.
“Pengalaman luas beliau dalam pentadbiran kerajaan negeri diyakini mampu membantu pertingkatkan tadbir urus MAIDAM, sejajar dengan aspirasi kepimpinan negeri dan kesejahteraan ummah,” katanya.