lightning-solid
Berita :
Datuk Bandar Ke-10 Kuala Terengganu Angkat Sumpah Jawatan
Datuk Bandar Ke-10 Kuala Terengganu Angkat Sumpah Jawatan
Rohayati Ripin
14 jam yang lepas
197

KUALA TERENGGANU, 4 Februari – Lizan Che Mat secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, menjadikannya Datuk Bandar ke-10 yang memegang jawatan tersebut.

Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan tahniah kepada Datuk Bandar baharu atas perlantikan tersebut.

"Semoga diberikan petunjuk dan dipermudahkan urusan untuk terus memperkasa pentadbiran bandar raya sekali gus memberikan manfaat kepada rakyat serta Negeri Terengganu," jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam laman sosialnya hari ini.

Majlis angkat sumpah yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, Tingkat U2, Wisma Darul Iman disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' Mohd Azmi Mohamad Daham, dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.





Tag :

Artikel Berkaitan