• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

KUALA TERENGGANU, 28 November – Terdapat dua kawasan yang telah dipilih sebagai lokasi projek perintis iaitu Bandar Baharu Lestari Durian Mentangau dan Bandar Baharu Lestari Bukit Seraya, Kuala Nerus.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dato’ Dr Alias Razak berkata, ianya merupakan satu janji dalam Manifesto Parti Islam Semalaysia (PAS) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lepas.

Katanya, bagi lokasi Bukit Seraya di daerah Kuala Nerus mempunyai keluasan 186.29 hektar.

"Di Durian Mentangau pula, bandar baharu ini mencakupi keluasan 720.98 hektar dan terdapat Kampus Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) dalam bandar tersebut. 

“KQT merupakan sebahagian komponen utama yang menjadi pemangkiun pembangunan keseluruhan bandar tersebut," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima DUN Keempat Belas (Bajet), di Wisma Darul Iman, hari ini.

Tambah Dr Alias, bandar baharu lestari di Durian Mentangau ini telah dilakukan majlis pecah tanah pada 27 Oktober lalu.

"Kerajaan negeri juga berhasrat untuk mewujudkan bandar baru lestari di setiap daerah berpandukan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030)," katanya.

Sementara itu, terdapat juga beberapa tempat yang telah dicadangkan untuk dijadikan bandar baharu lestari seperti di Mat Lagam, Kemaman, Durian Telor, Besut dan lain-lain tempat lagi.