lightning-solid
Berita :
Dua Syarikat Terengganu Raih Pengiktirafan Nasional, Antarabangsa
Dua Syarikat Terengganu Raih Pengiktirafan Nasional, Antarabangsa
Rohayati Ripin
11 Dec 25
327

KUALA TERENGGANU, 11 Disember - Kerajaan Negeri Terengganu menzahirkan penghargaan kepada dua syarikat anak negeri yang berjaya meraih pengiktirafan berprestij di pentas nasional dan antarabangsa, sekali gus mengangkat nama Terengganu sebagai peneraju dalam sektor hospitaliti dan pemakanan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pencapaian tersebut membuktikan keupayaan syarikat tempatan mengekalkan standard perkhidmatan berkualiti tinggi serta bersaing secara kompetitif di peringkat lebih luas.

 “Syabas buat PB Hotel Management Sdn. Bhd. (Paya Bunga Hotel) atas penganugerahan Muslim-Friendly Accommodation Recognition (MFAR) bertaraf Platinum oleh Pusat Pelancongan Islam (ITC) dan Pertima Trengganu Sdn. Bhd. atas kejayaan meraih Anugerah Emas ‘Excellent Malaysian Homegrown Food Brand’ (Manufacturing) di Lang International Corporate Titan Awards 2025 (LICTA),” jelasnya dalam laman sosialnya hari ini.

Kejayaan dua entiti korporat ini sekali lagi membuktikan bahawa Terengganu memiliki potensi besar dalam melahirkan syarikat berdaya saing yang mampu memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi negeri.

 “Setinggi tahniah diucapkan kepada dua syarikat anak Terengganu yang terus mengharumkan nama negeri di peringkat nasional dan antarabangsa,” ujarnya.

WhatsApp Image 2025-12-11 at 10.12.37 AM.jpeg 110.57 KB
Menurut beliau, kejayaan berterusan syarikat tempatan ini diharapkan mampu menjadi pemangkin kepada lebih banyak pemain industri di negeri tersebut untuk melakar kecemerlangan pada masa akan datang.

“Kedua-dua pencapaian ini membuktikan kemampuan syarikat-syarikat tempatan untuk mengekalkan standard perkhidmatan terbaik serta bersaing secara kompetitif  di peringkat lebih tinggi,” katanya.

Justeru itu, beliau menambah, Kerajaan Negeri akan terus menyokong usaha memperkukuh inovasi, kualiti dan daya saing produk keluaran anak-anak Terengganu.

 “Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih banyak pemain industri di Terengganu untuk terus melakar kecemerlangan,” tambah beliau.

 

 


Tag :

Artikel Berkaitan