• 29 Nov 2020 | 13 Rabiul Akhir 1442

DUN Air Putih Serah Sumbangan Kepada 24 PIBG Sekolah

KEMAMAN, 28 Oktober - Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih telah menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di 24 buah sekolah di kawasannya di sini baru-baru ini.

Agihan sumbangan kepada PIBG kali ini melibatkan sebanyak 17 buah sekolah rendah dan tujuh buah sekolah menengah termasuk Kolej Vokasional di DUN Air Putih. Dianggarkan sebanyak RM59,000 sumbangan diagihkan kepada PIBG yang terlibat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab.Razak Ibrahim memaklumkan, sumbangan yang diberikan itu meliputi semua sekolah rendah dan menengah di DUN Air Putih. 

“Kita mengharapkan agar PIBG sekolah dapat menggunakan sumbangan ini dengan sebaiknya terutama demi keperluan para pelajar di sekolah masing-masing,” ujarnya.

Setiap PIBG masing-masing menerima RM2,000 manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cerul menerima RM10,000 di atas kejayaan mereka mendominasi Peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) dan Peningkatan Semua A Terbaik seluruh negeri Terengganu bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 yang lalu.

SMK Binjai turut menerima RM5,000 untuk keperluan program di sekolah tersebut.