• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

DUN Batu Buruk Agih 2,000 Kilogram Daging Korban

KUALA TERENGGANU, 4 Ogos – Sebanyak dua tan daging korban diagihkan dalam Program Korban Perdana di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi memaklumkan, sebanyak 12 ekor lembu dikorbankan untuk diagihkan melalui setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

"Sebanyak 36 MPKK dalam DUN ini telah turun memberikan kerjasama dan mengambil bahagian dalam tugas-tugas membungkus daging korban untuk diagihkan.

"Sebanyak 100 beg daging disalurkan kepada setiap MPKK untuk diagihkan kepada masyarakat setempat," katanya kepada Urus Setia Darul Iman (UPDI), di lokasi program tahunan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Buruk itu dalam menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha.

Di samping itu jelasnya, semua petugas yang hadir  telah mengikuti garis panduan kesihatan yang telah ditetapkan.


Tag: