• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

EPIC Rasmi Pusat Latihan Baharu

KUALA TERENGGANU, 5 Jun – Anak syarikat kerajaan negeri, EPIC Berhad telah merasmikan EPIC Excellent Learning Centre (EELC) yang baharu di Bangunan Admin D, Fasa 2, Kemaman Supply Base (KSB) semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC, Ts Muhtar Suhaili berkata, ia merupakan inisiatif terbaru syarikat untuk menyediakan infrastruktur latihan yang lebih baik dan moden.

Menurutnya, pusat tersebut telah diubahsuai agar lebih selesa, elegan, dan profesional.

“Tahniah kepada Human Resources & Administration (HRA) Division, khususnya Training & Staffing Department,” katanya dalam hantaran di laman Facebook rasmi miliknya pada hari ini.

Muhtar menekankan tiga agenda utama dalam 'Message from GCEO' kepada semua staf iaitu menjadikan EPIC sebagai 'People-Centric', 'Performance-Based', dan 'Company of Choice'.

Beliau berharap EELC ini akan membantu meningkatkan kemahiran, ilmu, dan kebolehan semua pekerja.

“Dengan adanya EELC, EPIC Berhad berhasrat untuk memperkukuh kedudukan mereka dalam industri dengan tenaga kerja yang lebih mahir dan berpengetahuan,” ujarnya.

 


Tag: