lightning-solid
Berita :
Fenomena Air Pasang Tinggi Di Terengganu Bermula Hari Ini
Fenomena Air Pasang Tinggi Di Terengganu Bermula Hari Ini
Rohayati Ripin
22 jam yang lepas
659

KUALA TERENGGANU, 4 Disember - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Terengganu mengeluarkan makluman awal berhubung fenomena air pasang tinggi yang dijangka berlaku selama tujuh hari bermula 4 hingga 10 Disember 2025, melibatkan kawasan persisir Kuala Terengganu dan Kemaman.

Menurut data daripada Pusat Hidrografi Nasional, paras air pasang dijangka meningkat secara ketara terutama pada waktu malam, dengan bacaan tertinggi direkodkan di Stesen Kemaman iaitu 3.70 meter pada 6 dan 7 Disember 2025.

Di Stesen Kuala Terengganu, fenomena air pasang dijangka mencapai paras maksimum 3.00 meter pada 6 Disember 2025 (22:30) dan 7 Disember 2025 (23:00).

Paras ini kekal berada pada tahap yang boleh meningkatkan risiko limpahan air laut di kawasan rendah dan berhampiran pesisir.

Manakala di Stesen Kemaman dijangka mengalami paras air pasang lebih tinggi berbanding Kuala Terengganu, dengan bacaan 3.70 meter pada 6 Disember (23:00) dan 3.70 meter pada 7 Disember (00:00).

Paras ini memerlukan pemantauan rapi khususnya di kawasan yang sering berdepan banjir termenung ketika musim tengkujuh.

Peringatan kepada orang awam khususnya yang tinggal berhampiran pantai dan muara sungai, supaya sentiasa peka dengan maklumat cuaca semasa.

Mengambil langkah persediaan awal kemungkinan berlakunya limpahan air laut dan mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya berlaku situasi yang memerlukan pemindahan atau tindakan keselamatan.


Tag :

Artikel Berkaitan