• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Fiesta Wau Bulan Tegak Tarik 240 Penyertaan

Oleh : Fatimah Din 

MARANG, 30 Ogos- Fiesta Wau Bulan Tegak yang julung kali diadakan telah berjaya menarik minat seramai  240 orang peserta.

Penghulu Mukim Merchang, Adnan Ibrahim berkata program anjuran Pejabat Daerah Marang itu akan dijadikan sebagai acara tahunan peringkat daerah Marang. 

"Wau bulan yang kepopularannya didominasi oleh rakyat Kelantan di Pantai Timur ini turut menarik minat penduduk di sini, " katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pesta tersebut di  Bukit Kecil Durian Pahit, Merchang. 

Program yang turut dihadiri Pegawai Daerah Marang, Che Lizan Che Mat dan Ketua Polis Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Deris itu  telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong. 

Dalam ucapan, Sulaiman berkata   InsyaAllah program kebudayaan seperti ini akan diteruskan lagi supaya seni budaya itu tidak ditelan zaman. 

"Lebih-lebih lagi apabila ia  disertai oleh ramai golongan belia," ujarnya. 


Tag: