• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Gabungan Dua Program Di Manir Dapat Sambutan

Ustaz Hilmi mengunting rambut salah seorang kanak-kanak lelaki yang menyertai program tersebut

Oleh: Ahmad Mawardi

HULU TERENGGANU 29 Disember - Gabungan program antara derma darah dengan gunting rambut percuma berjaya dilaksanakan  bagi menampung bekalan darah negara dan meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah.

Timbalan Pengerusi Pertanian Asas Tani dan Pembangunan Desa, Ustaz Hilmi Dato' Harun berkata, terima kasih kepada semua yang mengambil cuti dan meluangkan masa untuk menyokong acara ini.

"Dan yang paling penting mereka menawarkan diri untuk menyelamatkan nyawa insan lain.

"Saya percaya kempen ini pasti membantu masalah kekurangan bekalan darah di hospital seluruh negara akibat bencana banjir di pantai timur dan juga wabak demam denggi baru-baru ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemuramah oleh Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI)sewaktu menghadiri program derma darah dan gunting rambut
bertempat didewan serbaguna Institut Modal Insan i-MiTs DUN Manir Pulau Bahagia, semalam.


Katanya lagi, program gunting rambut percuma pula adalah inisiatif pihak kami untuk meringankan beban ibu bapa menjelang pembukaan sesi baharu persekolahan.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir juga berkata, pihaknya akan meneruskan program berkenaan berikutan sambutan menggalakkan daripada masyarakat sekitar daerah ini.

Program anjuran bersama Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dengan Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) dan kerjasama dengan i-MiTS Manir bermula seawal jam 9 pagi.

Hospital HSNZ telah menyediakan lapan katil untuk tujuan tersebut itu, manakala bahagian gunting rambut percuma anjuran Pemuda DUN Manir menempatkan sembilan orang tukang gunting rambut.

Tambah Hilmi, gunting rambut percuma ini dikhususkan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di dalam DUN Manir.

Tag: