• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Gadis 'Pomen' Bukan Hanya Cekap Di Dapur

KUALA NERUS, 1 Februari - Tidak sahaja cekap beraksi di dapur, anggota Ameerah Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh turut berkemahiran mengganti keperluan motosikal sebagaimana kaum lelaki.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, kali ini pihaknya memanfaatkan kepakaran sekumpulan wanita terbabit dalam program Tukar Minyak Hitam anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN beliau.

"Aktiviti yang diadakan melibatkan penyertaan sangat memberangsangkan dari kalangan penduduk

"Mereka pula berjaya mempamerkan bakat mereka dalam menukar minyak hitam motosikal yang sebelum ini sinonim sebagai aktiviti kaum lelaki," katany Hishamuddin kepada media ketika ditemui di program tersebut.

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, sebanyak 200 botol minyak silinder telah disediakan dalam penganjuran terbabit.

"Penyertaan pemilik motosikal dari kalangan wanita juga semakin meningkat ekoran penyertaan 'pomen ppuan' pada kali ini.

"Ruang khas untuk motosikal milik wanita dan diuruskan oleh ‘pomen ppuan’ ini menyebabkan sambutannya semakin baik berbanding penganjuran sebelum ini," tambah beliau.

Terdahulu, Ameerah DUN Tepoh telah menganjurkan satu kursus buat anggota Ameerah untuk membiasakan dengan kerja menukar minyak hitam di kalangan mekanik bertauliah.


Tag: