• 19 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445

Gandingan Dua YB Santuni Rakyat

Norshaha (tiga dari kiri) menerima rumah PPRT.
Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 8 Januari - Gandingan dua Yang Berhormat (YB) dalam program ziarah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading kelmarin menarik perhatian ramai.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim turun bersua muka bersama rakyat di Kampung Kebor Besar dan Kampung Guntong.

Kedua-dua wakil rakyat tersebut memulakan aktiviti dengan menziarahi beberapa buah keluarga yang diuji dengan kesakitan dan penderitaan hidup.

Salah seorang rakyat yang ditemui, Norshaha Abd Rahman, 57, berkata, beliau melahirkan rasa teruja dengan keprihatinan serta kesudian Mohd Khairuddin dan Ustaz Ridzuan menziarahi keluarganya.

“Saya telah diuji dengan penyakit saraf yang menyebabkan saya memerlukan bantuan daripada keluarga untuk berjalan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Turut hadir dalam program ziarah itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kebor Besar, Wan Lawi Wan Awang.

Dalam program berkenaan juga turut berlangsung Majlis Penyerahan Kunci Rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada rakyat yang kurang berkemampuan.

Norshaha merupakan salah seorang penerima PPRT yang bernilai RM60,000 di DUN Buluh Gading.



Tag: