• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Gelombang Keempat Landa Terengganu

KUALA TERENGGANU, 23 Januari - Gelombang banjir keempat mula melanda Terengganu hari ini, susulan hujan lebat sejak semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan, situasi tersebut berlaku disebabkan limpahan air Sungai Padang Terik.

Berikutan itu, sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Marang bermula jam 9.00 pagi tadi bagi menempatkan tujuh keluarga melibatkan 24 mangsa.

PPS terawal yang dibuka ialah Dewan Orang Ramai Bukit Parit seawal jam 9.00 pagi yang menempatkan tiga keluarga, seterusnya ialah PPS Dewan Sivik Wakaf Tapai dan PPS Sekolah Kebangsaan (s.k) Padang Mengkuang dengan masing-masing menempatkan dua keluarga.

 

 


Tag: