• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

Gerak Kerja Perlu Dipertingkat Dari Akar Umbi



Oleh : Mustaqim Afandi

BESUT, 11 September - Gerak kerja daripada peringkat akar umbi perlu dipertingkatkan supaya maklumat yang disampaikan oleh pihak kerajaan negeri dibawah pengetahuan MPKK sekaligus disalurkan kepada penduduk setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, kepimpinan di peringkat negeri masih lagi mengekalkan momentum sepertimana  diperingkat awal perlantikan.

"Kita sedia maklum bahawa bermula daripada pihak MPKK  disinilah bermulanya kekuatan kerajaan itu sendiri.

"Apabila kita membentuk MPKK, kita melihat acuan yang kita mahu bina diperingkat MPKK ialah bagaimana acuan kerajaan yang akan dilaksanakan dikawasan kita dapat dihayati dan difahami oleh jentera pelaksana diperingkat bawah," jelasnya.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika berucap dalam majlis Perjumpaan Exco bersama MPKK di Dewan Gong Kemuntong, Jertih pada hari Isnin, 9 September.

Oleh itu, katanya, perjumpaan tersebut adalah bukti bahawa pihak kerajaan negeri bersungguh-sungguh dalam mengambil tahu permasalahan daripada pihak MPKK.

Program tersebut mendapat sambutan yang baik dan  dihadiri seramai 400 orang sekitar daerah Besut.

Turut hadir sama ialah Penyelaras DUN Jerteh Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad,Naib Yang Dipertua PAS kawasan Besut, Ustaz Wan Ahmad Shukri Bin Wan Isa, Penyelaras Dun Kuala Besut, Haji Azby Bin Salleh, 
Penyelas DUN Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohammaddan dan Setiausaha PAS kawasan Besut, Cikgu Salahuddin Jaafar.

Tag: