• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Ghazali Santuni Warga Emas

DUNGUN, 14 September- Menyantuni golongan warga emas menjadi rutin wajib kepada Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman.

Baru-baru ini beliau berkesempatan menziarahi beberapa orang warga emas di DUN berkenaan yang berusia 85 tahun ke atas.

Menurut Ghazali, ziarah kebajikan berkenaan diadakan khusus bagi mendekati golongan yang telah lanjut usia bagi mengetahui hal ehwal serta  keperluan mereka di dalam usia berkenaan.

"Dimana maklumat mengenai warga emas yang kita ziarahi ini diperolehi melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK). Diharapkan dengan ziarah ini mampu menghiburkan mereka dan sebagai tanda kecaknaan serta keprihatinan daripada saya yang telah diamanahkan sebagai Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi.

"Sepertimana program menjejaki warga emas yang berusia ini, dengan objektif dan matlamat supaya mereka sedar bahawa masih ada yang sayang kepada mereka dan semoga kesemuanya sentiasa berada didalam rahmat Allah SWT," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, selepas mengadakan ziarah berkenaan.

Katanya mendekati golongan miskin, orang kelainan upaya (OKU), warga emas, anak yatim merupakan program wajib diadakan pada setiap bulan dengan menyasarkan seramai mungkin untuk diziarahi.

 


Tag: