• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Giatkan Program Galak Masyarakat Daftar Vaksin

KUALA NERUS, 8 Jun – Semua pihak digesa berganding bahu mengadakan inisiatif tertentu bagi menggalakkan orang ramai mendaftar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab berkata, kerajaan telah melancarkan kempen Jom Daftar Vaksin justeru peranan pihak tertentu adalah memberi pencerahan melalui media sosial serta sesi bual bicara atas talian menampilkan pakar-pakar bagi menjawab persoalan daripada orang ramai.

"Kesedaran umum di Terengganu masih lagi rendah dan masih ramai penduduk yang enggan kerana terpengaruh dengan kenyataan negatif golongan tertentu," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Kakitangan Kerajaan, Nurul Syahida Zulkifli,34, berkata orang ramai tidak perlu takut untuk mengambil vaksin kerana kerajaan melakukan pelbagai kajian.

“Niat untuk berubat Insyaallah kita semua selamat sekiranya ajal kerana COVID-19 redha dgn kehendak-Nya, mati itu pasti yang penting usaha.

“Saya ada penyakit asthma,virtigo dan darah rendah tetapi Alhamdulillah tidak ada komplikasi yang teruk berlaku ke atas diri saya, masih sihat,” tambahnya lagi.

Bagi seoarang lagi penerima vaksin, Luqman Amran, 28, dia berkata selepas dos kedua disuntik, dia memang merasa sedikit lemah badan, namun itu hanyalah sekejap dan sudah dimaklumkan oleh doktor sebelum divaksin.

“Suntikan vaksin merupakan suatu ikhtiar bagi mengelakkan jangkitan virus COVID-19, ia bukan untuk kebaikan diri sahaja malah untuk kebaikan bersama,” katanya.


Tag: