• 21 Okt 2021 | 14 Rabiul Awal 1443

Giliran Nelayan Kemaman Terima Bantuan RM57,500

KEMAMAN, 23 Februari - Lebih 1,000 nelayan di daerah ini menerima bantuan sebanyak RM57,500 secara berperingkat bermula hari ini.

Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Abdul Hamid berkata, daripada jumlah itu seramai 416 orang nelayan di Kemasik dan Kertih menerima sumbangan bantuan pagi tadi, manakala 200 orang nelayan di Kijal pada petang ini dan 500 lagi di Cukai pada esok.

“Sumbangan ini disampaikan dalam bentuk barangan dapur bagi meringankan beban para nelayan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan suasana masih dalam musim tengkujuh. Saya difahamkan di Kertih, baru hari ini mereka dapat turun ke laut. 

“Kita juga telah memberikan sumbangan kepada mereka yang terjejas pendapatan termasuk tukang gunting rambut, pengusaha salon, pemandu bas sekolah dan lain-lain lagi khususnya yang tinggal di Parlimen Kemaman," ujar beliau.

Katanya, kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas majlis penyampaian sumbangan tersebut di perkarangan Pejabat Pengurusan Persatuan Nelayan Kemasik.

Turut hadir bersama Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kemasik, Saiful Azmi Suhaili, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Terengganu, Encik Mastam Nodo, Pengurus Persatuan Nelayan (PNK) Kemasik, Zakaria Bin Mamat dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kemasik (PNK), Abd Ghani Ismail,

Program berkenaan diadakan secara pandu lalu bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi.

 


Tag: