• 08 Mei 2024 | 29 Syawal 1445

Gotong Royong Berkala Di Tempat Tumpuan Ramai

Oleh/Foto:  Najwan Asif  

MARANG, 8 Jun- Penduduk yang tinggal di kawasan tumpuan ramai digalakkan mengadakan program gotong royong secara berkala untuk memberi keselesaan kepada pengunjung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata, selain menarik kedatangan pengunjung secara tidak langsung aktiviti gotong royong juga mampu mengeratkan hubungan di kalangan penduduk setempat.

"Seperti di Lubok Batu ini yang menjadi tumpuan orang ramai bagi menjalankan aktiviti mendaki bukit, masyarakat disini perlu bersatu menjaga kebersihan dan keharmonian.

""Apatah lagi di kawasan ini, kami menerima banyak aduan tentang haiwan perosak seperti kera dan tupai yang telah merosak dan memakan tanaman seperti durian yang boleh memberi hasil kepada pekebun," ujarnya ketika ditemui pada program gotong royong itu.

Beliau turut memuji usaha penduduk melakukan aktiviti gotong royong tersebut dan diharapkan ia dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan tanaman dapat dipelihara.

"Segala aktiviti gotong-royong ini berjalan dengan lancar dan semoga tahun ini para pekebun mendapat hasil yang lumayan sekaligus menjadi pilihan bagi mereka yang sukakan raja buah,"katanya lagi.


Tag: