• 17 Mei 2024 | 9 Zulkaedah 1445

Gotong Royong Kukuhkan Perpaduan Komuniti

Dr Riduan (kanan) merasmikan aktiviti Gotong-Royong Perdana 1.0.



Oleh: Jusmawari Jusoh

BESUT, 14 Julai – Gotong-royong merupakan satu amalan tradisi masyarakat yang semakin dilupakan malah kurang dipraktikkan dalam gaya hidup moden masa kini.

Kebaikan amalan gotong-royong bukan sahaja dapat memudahkan kerja tetapi menerap­kan sikap bertanggungjawab selain mengeratkan silaturahim dalam sesebuah komuniti.

Semangat itu ditunjukkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pak Demalik yang melancarkan Projek Keceriaan kampung yang menjadikan gotong-royong sebagai aktiviti utama.

Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr Riduan Mohamad Nor berkata, amalan gotong-royong bukan sahaja memupuk semangat kekitaan tetapi turut mewujudkan suasana yang bersih dan kondusif.

“Penganjuran ini salah satu wadah bagi menyatukan semangat kerjasama dan muhibah sesama kita disamping mewujudkan persekitaran yang indah,ceria dan kondusif.

“Selain itu,dapat memberi ruang mengeratkan silaturahim,menanam nilai-nilai murni dan mewujudkan persekitaran yang kondusif segenap lapisan penduduk,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan merasmikan Projek tersebut di kampung Pak Demalik, Jertih, di sini semalam.

Turut hadir, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad bagi sama-sama menceriakan program tersebut.

Program ini telah dicetuskan oleh ahli jawatankuasa MPKK dengan kerjasama pejabat daerah yang ingin memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat setempat.




Tag: