• 28 Apr 2024 | 19 Syawal 1445

Gotong Royong Terjemahan Konsep Kerajaan Berkebajikan


Oleh: Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU, 22 Disember - Komuniti setempat merupakan struktur sosial yang penting untuk menghubungkan rakyat dengan kerajaan melalui program yang dilaksanakan.

Program gotong-royong adalah salah satu usaha kerajaan bagi meningkatkan kesedaran umum untuk menjaga kebersihan komuniti seterusnya mewujudkan kesejahteraan kepada rakyat dan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, tanggungjawab antara rakyat dan kerajaan negeri mampu membina hubungan yang terbaik.

"Hubungan harmoni dan kerjasama merupakan kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

“Tapi bila kita nak amalkan konsep negara berkebajikan,kita juga mahu ‘ta’awun’(tolong menolong) daripada rakyat di bawah supaya kita rasa satu tanggungjawab bersama”.ujarnya

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di dalam program gotong royong perdana Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) Raja Baran dan Batu Putih di Balai Penghulu Chendering, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Raja Baran,Tuan Ngah Tuan Ahmad; Pengerusi MPKK Batu Putih,Tuan Annuar Tuan Salleh; Penghulu Mukim Chendering, Ayub Mamat dan seluruh penduduk setempat.

Justeru itu, Muhammad Khalil juga berkata nilai-nilai murni boleh dipupuk bagi mewujudkan suasana yang aman dan damai.

“Ianya boleh memupuk perkara-perkara lain yang positif seperti ukhuwah islamiyah, semangat persaudaraan, semangat tolong menolong dan lain-lain lagi.

“Tahniah kepada MPKK yang terlibat dan juga penghulu yang sentiasa prihatin kepada kebajikan rakyat demi untuk menunjukkan satu hubungan diantara rakyat di bawah dan kerajaan di atas supaya kita sama-sama membina negeri Terengganu selaras dengan slogan Maju, Berkat dan Sejahtera,"ujarnya.


Tag: