• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Gotong-royong Tebang Pokok Tinggi Bahayakan Penduduk

DUNGUN, 9 Mac- Penduduk di Kampung Bukit Merah sepakat bergotong-royong menebang pokok tinggi yang membahayakan komuniti setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Taman Indah Permai, Rayah Mohd berkata, program tersebut mendapat sambutan memberangsangkan dari semua pihak.

“Gotong-royong kali ini fokus kepada tebang pokok tinggi sekitar rumah-rumah penduduk.

"Rata-rata penduduk di sekitar Jalan Bunga Kertas, Bukit Merah, Paka berasa amat lega setelah pokok-pokok tinggi ditebang," ujarnya ketika dihubungi pemberita.

Katanya, beberapa batang pokok yang membahayakan keselamatan penduduk telah ditebang dengan kerjasama JPKK Taman Indah Permai, PAS Cawangan Bukit Merah dan dibantu beberapa orang tenaga Jabatan Amal Paka yang bermula pada waktu pagi.

“Kita juga telah menyewa sebuah jentera skylift bagi memudahkan kerja – kerja  memotong dahan yang tinggi,” jelasnya lagi.

Tambahnya, perkara ini melibatkan kos kewangan yang banyak kerana terdapat banyak kawasan – kawasan pokok tinggi.

“Alhamdulillah, hasil kesepakatan JPKK dan penduduk setempat ianya dipermudahkan oleh Allah S.W.T dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

“Bagi rumah mereka yang kami terlepas pandang boleh maklumkan segera kepada pihak kami,” ujarnya.


Tag: