• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Gunting Rambut Percuma Dapat Sambutan



Oleh: Mohd Haniff Abas

KUALA TERENGGANU, 31 Disember - Seramai 258 orang pelajar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading mengambil peluang untuk gunting rambut secara percuma.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, program gunting rambut secara percuma itu merupakan program tahunan yang telah dimulakan beberapa tahun lalu.


“Kita membahagikan empat kawasan berlainan untuk program ini iaitu di Kampung Petai Bubus, Kampung Kesom Alor Rekang, Kampung Kebor Air dan Kampung Banggul Tok Esah supaya tidak berlaku kesesakan dan memudahkan pergerakan golongan sasaran.

 “Gunting rambut adalah perkara wajib kepada setiap pelajar lelaki sebelum memulakan sesi persekolahan. Oleh itu, kita berharap, dengan program sebegini dapat meringankan bebanan ibu bapa,” ujarnya ketika dihubungi pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam.

Program berkenaan dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negegi (ADUN) Buluh Gading dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS).


Tag: