![]() |
| YM Datuk Tengku Hassan melaksanakan gimik perasmian Gunting Amal Percuma. |
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran, YM Datuk Tengku Hassan Tengku Omar berkata, sambutan masyarakat amat memberangsangkan.
"Ramai kanak-kanak hadir dari beberapa buah kampung berdekatan.
"Melalui program ini, mereka diberikan perkhidmatan gunting rambut percuma yang sedikit sebanyak mampu meringankan beban para ibu bapa, khususnya golongan berpendapatan rendah menjelang pembukaan sesi baharu persekolahan," katanya kepada pemberita.
Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang merasmikan program tersebut di Kampung Ladang, semalam.
Seramai 80 orang murid menerima perkhidmatan gunting rambut dalam program yang dianjurkan oleh Pemuda DUN Ladang dengan kerjasama unit Belia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) bermula jam 3 petang hingga jam 6 petang.
Tengku Hassan menyifatkan aktiviti sebegini mampu menyemarakkan lagi program-program di DUN Ladang, sekali gus menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni.
“Kita juga akan menjadikan program gunting rambut percuma ini sebagai acara tahunan berikutan sambutan dan manfaat program ini," katanya.

