lightning-solid
Berita :
Hapus Stigma, Bina Minda Sejahtera
Hapus Stigma, Bina Minda Sejahtera
Rohayati Ripin
3 jam yang lepas
28

KUALA TERENGGANU, 9 Februari  – Kesihatan mental kini diiktiraf sebagai komponen penting kesejahteraan hidup, setara dengan kesihatan fizikal, sekali gus menuntut peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kestabilan emosi dan keseimbangan minda.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Alias Razak berkata, usaha meningkatkan kesedaran kesihatan mental masyarakat dilaksanakan menerusi penganjuran Program Khidmat Kaunseling Komuniti Kuala Nerus yang memberi tumpuan kepada saringan awal, pengurusan tekanan dan kawalan emosi bagi membantu rakyat menghadapi cabaran kehidupan seharian.

"Penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kesihatan mental sebagai sebahagian daripada kesejahteraan hidup.

"Program ini memberi penekanan kepada saringan kesihatan mental, pendedahan teknik kawalan kemarahan dan pengurusan tekanan agar rakyat lebih bersedia menghadapi cabaran kehidupan seharian dengan emosi  stabil dan minda yang sejahtera," jelasnya dalam laman sosialnya, semalam.

FB_IMG_1770594781368.jpg 292.95 KB
Tambah beliau, program itu turut berperanan menepis stigma negatif terhadap perkhidmatan kaunseling yang sering disalah anggap sebagai hanya untuk individu yang bermasalah atau sakit.

"Sebaliknya, kaunseling dilihat sebagai ruang sokongan, bimbingan dan pencegahan yang penting dalam membantu individu membina kekuatan diri, keharmonian keluarga serta kesejahteraan komuniti secara menyeluruh," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Leftenan Kolonel  Siti Nurmiah Marzuki yang mewakili Presiden PERKAMA International atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program berkenaan.

"Semoga segala usaha dan sumbangan yang dicurahkan menjadi amal kebajikan yang diberkati," katanya.

Penghargaan turut diberikan kepada kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Nerus serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas usaha gigih, sumbangan tenaga dan idea demi memastikan kelancaran program.
FB_IMG_1770594790051.jpg 311.32 KB
"Semoga setiap pengorbanan masa, tenaga dan idea yang dicurahkan diberkati Allah SWT," tambah beliau.



 


Tag :

Artikel Berkaitan