• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

DUNGUN, 21 Ogos - Rakyat dinasihatkan agar menghargai kecaknaan kerajaan yang sentiasa ingin membantu dan meringankan beban mereka. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang berkata, Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera(LMTS) adalah antara usaha kerajaan Terengganu untuk meringankan beban golongan belia memiliki  lesen motosikal.

"Dengan itu langkah kerajaan mengadakan LMTS, hendaklah disambut baik. 

"Jadi saya sangat mengharapkan supaya 539 orang penerima baucer LMTS di DUN Rantau Abang seratus peratus berjaya mendapat lesen motosikal ini, sebagai merealisasikan hasrat kerajaan, " jelasnya. 

Alias bercakap demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera di Dewan Al-Husna, Darul Ansor, Kampung Alor Mak Bah di sini semalam.

Untuk menyerikan majlis itu juga, gimik penyerahan replika baucer LMTS kepada dua orang pemuda bermotosikal oleh Alias   dilakukan. 

Majlis tersebut turut dihadiri Pegawai Penyelidik Pejabat Menteri Besar Terengganu, Azman Shafawi Abdul Rani. 

Empst penerima yang berazam akan berusaha sehingga berjaya mendapat lesen motosikal 

Seorang penerima yang ditemui, Nurhuda Sazwani Md Nor, 27 berazam untuk melakukan dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya mendapatkan lesen motosikal itu.

"Saya dah lama hendak mengambil lesen motosikal, bila terpilih untuk dapatkan baucer ini saya rasa sangat bersyukur, InsyaAllah lepas ini dapat lesen motosikal, tidak bimbanglah nak pergi ke mana-manapun," ujar suri rumah yang mempunyai dua orang anak yang masih kecil. 


Tag: