• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Hari Arafah Martabatkan, Hidupkan Sunnah Serta Beri Kesedaran



Foto : Tg Syamim Tg Ismail

KUALA TERENGGANU – Hari Arafah peringkat negeri diadakan untuk memartabatkan dan menghidupkan Sunnah serta memberikan kesedaran mengenai kepentingan hari tersebut kepada pebagai lapisan masyarakat dan mempromosikan keindahan islam melalui Sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, objektif utama program tersebut ialah untuk menghayati konsep Hari Arafah di samping menanam amar makruf nahi mungkar  dalam masyarakat dan kesedaran untuk melaksanakan kerja-kerja Islam.

“Pada 9 Zulhijjah kita berwukuf di Arafah antara perkara yang wajib bagi mereka yang menunaikan haji.


"Haji itu adalah wukuf di Arafah bahkan di hari wukuf inilah digalakkan semua berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah SWT kerana sebaik-baik doa adalah doa Hari Arafah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya dalam Program Penghayatan Hari Arafah di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, di sini, semalam (20 Ogos).

Mohd Nor juga menyeru agar sama-sama berdoa  supaya bumi yang didiami ini sejahtera dan terhindar daripada segala wabak  yang terlalu pantas dan cepat iaitu wabak sosial  dalam kalangan anak-anak  muda yang mangalami masalah kecelaruan identiti, maksiat dan zina serta dari malapetaka yang dasyhat seperti gempa.


“Kita sebagai umat Islam harus merebut peluang dan kesempatan  ini agar tak termasuk dalam kalangan yang rugi dan lalai dalam melaksanakan tanggungjawab  agama sebagai hamba Allah.

“Semoga Allah Taala memberikan kita taufik  dan hidayah dalam melaksanakan setiap amalan yang dilakukan,” ujarnya.




Tag: