• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Hati-Hati Musim Banjir - Mat Daik

Ustaz Mat Daik (kanan) mengambil peluang menderma darah.
Oleh: Norekwan Mamat


BESUT - Rakyat Negeri Terengganu diingatkan supaya berwaspada dengan musim tengkujuh yang bakal menjelang.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad berkata, penduduk Hulu Besut khususnya perlu lebih berhati-hati dan berjaga-jaga bagi menghadapi bagi menghadapi musim banjir ini.

"Kita perlulah saling membantu sesama jiran apabila berlaku sesuatu musibah, tidak kira musibah bencana dan sebagainya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Majlis Ihtifal dan Jamuan Sambil Menderma yang diadakan di pusat pengajian miliknya di Kampung Pasir Akar, Hulu Besut semalam (13 Oktober).


Dalam pada itu, menurut Ustaz Mat Daik yang juga Mudir Pondok Ubudiyyah, sikap dermawan ini perlu dicontohi oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira usia.

"Saya dan seluruh warga pondok berterima kasih kepada semua, terutama penyumbang-penyumbang dan tenaga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan majlis pada hari ini," ujar beliau.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kesihatan Hospital Tengku Anis, Pasir Putih yang diketuai oleh Pegawai Perubatan UD44, Siti Nadirah Mohd Razif yang hadir sama menjayakan program derma darah sebagai salah satu pengisian dalam majlis tersebut.

Majlis Ihtifal dan Jamuan Sambil Menderma yang diadakan di Hulu Besut  di sini, mendapat sambutan yang amat menggalakkan.


Tag: