lightning-solid
Berita :
Hilang Upaya Bekerja Nelayan Bergelut Teruskan Hidup
Hilang Upaya Bekerja Nelayan Bergelut Teruskan Hidup
Hafiz Rosli
15 jam yang lepas
78

KEMAMAN, 17 Disember – Seorang nelayan, Mohammad Irwan Abdullah, 45 tahun, dari Kampung Bukit Anak Dara, Kijal, menghadapi kesukaran hidup selepas hilang keupayaan bekerja di laut akibat penyakit kencing manis kronik.

Iwan yang mempunyai isteri dan empat orang anak sebelum ini bekerja sepenuh masa sebagai nelayan. 

Penyakit yang dikesan sejak 2013 itu semakin kronik beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurutnya, pada 2023, beliau menjalani pembedahan pertama untuk memotong jari kelingking kiri. 

Katanya, tahun berikutnya, beliau menjalani pembedahan ibu jari kanan, dan pada tahun ini pula pembedahan dilakukan pada tumit kaki.

“Sejak operasi terbaru, saya tidak dapat turun ke laut seperti sebelum ini. Setiap hari saya perlu ke klinik Kijal untuk cuci kaki dan rawatan susulan.

FB_IMG_1765937801504.jpg 299.94 KB


“Walaupun tidak dapat bekerja sepenuhnya, saya tetap berusaha datang ke laut untuk membawa buah nyor muda bagi pelanggan, tetapi tugas memanjat pokok nyor terpaksa dilakukan oleh orang lain,” katanya ketika dihubungi pemberita pada hari ini.

Iwan kini bergelut menampung kehidupan harian keluarga dan berharap keadaan kesihatan akan bertambah baik supaya dapat kembali bekerja seperti dahulu.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris pernah mengunjungi rumahnya bagi menghulurkan beberapa sumbangan keperluan asas dan lain-lain.

Sesiapa yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan kepada:
Mohammad Irwan Bin Abdullah
Maybank: 1630 2893 1561


Tag :

Artikel Berkaitan