• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Himpunan Raya Keluarga Tebakang Meriah

Oleh : Fatimah Din 

MARANG, 9 Mei- Dengan kehadiran lebih 5000 orang iaitu 70 peratus daripada penduduk Kampung Tebakang telah memeriahkan Program Himpunan Raya Keluarga Tebakang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Tebakang (JPKK), Mohd Zaki Deraman berkata, slogan "Orang Tebakang Anok Wanok Kite Belake" yang digunakan berjaya menyuntik semangat cinta dan kerjasama dalam komuniti.

" Kita pun ada lagu kampung sendiri yang dinyanyikan oleh anak jati Tebakang Imam Muda Fakhrul dan liriknya dicipta oleh Pengarah Program Cikgu Hussien yang merupakan ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Marang yang mengetengahkan irama dan loghat Terengganu," jelasnya lagi.
 


Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis anjuran bersama pihak JPKK bersama Masjid Kampung Tebakang itu, baru-baru ini. 

Menurutnya sebanyak tujuh kawah gulai dan menu raya telah disediakan untuk meraikan kehadiran orang kampung. 

" Majlis turut diserikan dengan penyampaian pelbagai anugerah kepada penduduk, cabutan bertuah serta Forum Bual Bicara yang menampilkan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang  dan Selebriti TV, Ustaz Badlishah Alauddin," ujarnya lagi. 


Tag: