• 16 Mei 2024 | 8 Zulkaedah 1445

Hotel Beri Kemudahan Kepada Musafir


Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA TERENGGANU, 31 September- Hotel adalah salah satu petanda kemajuan sesebuah negara atau negeri yang memberi manfaat kepada musafir.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, antara dua buah kerajaan yang besar pada zaman dahulu yang namanya Saba’ dan Syam, terdapat ‘highway’ yang menghubungkan dua kerajaan ini iaitu perkampungan-perkampungan sepanjang perjalananan pergi dan balik.

"Wujudnya tempat-tempat persinggahan sepanjang jalan dan wujudnya Khanat iaitu tempat persinggahan bagi musafir (Hotel)," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Paya Bunga Hotel Terengganu yang disempurnakan Menteri Besar, Dr Ahmad samsuri Mokhtar di Camellia Grand Ballroom, Paya Bunga Hotel Terengganu, semalam.

Paya Bunga Hotel Terengganu mempunyai 208 bilik, kolam renang, gymnasium, dan berada di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu yang amat sesuai dijadikan pilihan utama kepada para musafir dan pelancong-pelancong asing.



Tag: