• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Ikhlas Berkhidmat Untuk Anak Pasti

Oleh : Fatimah Din 

MARANG, 14 Mei- Terpaksa berjalan kaki apabila motosikal yang biasa dinaikinya tiba-tiba rosak, sedikit pun tidak melemahkan semangatnya untuk berbakti kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).

Penerima Anugerah Guru Paling Lama Berkhidmat, Salmah Ismail, 55 tahun menyingkap kembali kenangan sepanjang 33 tahun berkhidmat sebagai guru, mendidik anak-anak PASTI Kampung Kijing.

"Matlamat saya nak mendidik anak bangsa menjadi insan berguna kepada bangsa, agama, negara dan masyarakat serta ingin menjadi guru PASTI sehingga dipanggil Allah, " ujarnya yang mula berkhidmat pada tahun 1990.

Beliau berkata demikian ketika ditemui UPDI Daerah Marang di Sambutan Hari Guru dan Jamuan Hari Raya PASTI Kawasan Marang yang diadakan di  Dewan Sivik Wakaf Tapai di sini. M

Manakala penerima Anugerah Guru Cemerlang PASTI Kawasan Marang, Zaida Mohd Zalzali berkongsi kenangan manisnya apabila bersua mantan anak-anak murid yang masih mengingatinya. 

"Selepas tamat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) saya bertugas sebagai guru PASTI sehinggalah sekarang.

"Hasrat saya sudah tentu ingin melihat semua anak-anak PASTI ini berjaya" ujarnya  yang mengajar di PASTI Rusila. 


Tag: