Jalur Gemilang
Berita :
1,000 Ekor Ayam Segar Rm5 Seekor Habis Dijual Dalam Masa Satu Jam
1,000 Ekor Ayam Segar Rm5 Seekor Habis Dijual Dalam Masa Satu Jam
Ezani Razali
1 jam yang lepas
40

KEMAMAN, 19 Oktober – Sebanyak 1,000 ekor ayam segar yang dijual pada harga hanya RM5 seekor habis terjual dalam tempoh satu jam menerusi program Pasar Berkat di bawah inisiatif YB Cakna Komuniti Sejahtera Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai 6.0 Kuala Kemaman dan Geliga, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Dato’ Hanafiah Mat berkata, sambutan luar biasa daripada penduduk membuktikan bahawa inisiatif seumpama itu memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, khususnya dalam membantu meringankan beban perbelanjaan harian.

“Bukan RM5 sekilogram, tetapi RM5 seekor! Alhamdulillah, sebanyak 1,000 ekor ayam segar habis dijual dalam masa hanya satu jam.

“Paling penting, rakyat dapat merasai sendiri manfaat program yang kita anjurkan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua penduduk yang hadir dan memberikan sambutan menggalakkan terhadap program berkenaan.

Menurutnya, usaha mendekati masyarakat melalui pelbagai inisiatif kebajikan dan kemasyarakatan akan terus diberi perhatian bagi memastikan manfaat program dapat dinikmati oleh penduduk setempat.

Program YB Cakna Komuniti Sejahtera 6.0 Kuala Kemaman dan Geliga merupakan antara usaha mendekatkan khidmat kepada masyarakat, di samping membantu meringankan kos sara hidup rakyat menerusi program ziarah, sumbangan asnaf, tukar minyak hitam motosikal percuma, jualan murah dan jamuan. 



Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan