Jalur Gemilang
Berita :
151 Mangsa Banjir Berlindung Di PPS Dewan Serbaguna Tok Jembal
151 Mangsa Banjir Berlindung Di PPS Dewan Serbaguna Tok Jembal
Noraini Jusoh
3 jam yang lepas
33

KUALA TERENGGANU, 24 November - Seramai 151 mangsa daripada 42 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Tok Jembal susulan banjir yang melanda daerah ini.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) , setakat jam 4 petang tadi PPS berkenaan merupakan satu-satunya pusat pemindahan yang beroperasi di Terengganu selepas dibuka pada pukul 9 malam tadi. 

"Daripada jumlah keseluruhan mangsa seramai 94 orang merupakan dewasa, 45 kanak-kanak, empat bayi, tujuh warga emas dan seorang orang kurang upaya (OKU) ditempatkan di PPS itu, " ujarnya. 

Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri akan terus memantau perkembangan semasa bagi memastikan kebajikan dan keselamatan mangsa banjir sentiasa diberi perhatian.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan