Jalur Gemilang
Berita :
Empat Sekolah Di Terengganu Terjejas Banjir
Empat Sekolah Di Terengganu Terjejas Banjir
Mastura Jamal Din
8 jam yang lepas
124

KUALA TERENGGANU, 24 November -  Empat sekolah di Terengganu terjejas banjir susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

Sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato’ Haji Abbas dan Sekolah Sukan Malaysia Terengganu di Kuala Nerus selain Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bukit Chendering dan SK Gelugor di Kuala Terengganu.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD merangkap Penyelaras Bencana Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shamsuddin Md Yusof berkata, murid Tingkatan Dua hingga Tingkatan Empat diarah pulang bersama penjaga masing-masing berikutan keadaan banjir.

Beliau berkata, bagi memastikan keselamatan penghuni asrama, murid yang masih berada di sekolah ditempatkan di kawasan lebih tinggi.

Dalam pada itu, seramai 176 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMKA Dato’ Haji Abbas dan 26 calon di Sekolah Sukan Malaysia Terengganu turut terjejas dengan situasi berkenaan.

Sementara itu, SK Kampung Bukit Chendering melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) membabitkan 279 murid.

Kesemua 765 murid di SK Gelugor juga mengikuti PdPR sehingga keadaan kembali pulih.

 


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan