Jalur Gemilang
Berita :
48 Buah Rumah Di Landa Ribut
48 Buah Rumah Di Landa Ribut
Muhammad Afiq Fahmi Ahmad Faris
22 jam yang lepas
41

DUNGUN, 6 September– Kejadian ribut yang melanda kawasan Felda Jerangau pada kira-kira jam 5.00 petang hari ini mengakibatkan puluhan rumah peneroka serta beberapa bangunan awam mengalami kerosakan.

Berdasarkan laporan awal yang diterima daripada  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Felda Jerangau B, Anuar Omar, sebanyak 48 buah rumah peneroka dilaporkan terlibat, masing-masing membabitkan 37 buah rumah di Kawasan Felda Jerangau Tangki Air dan 11 buah rumah di bawah Felda Jerangau B.

Selain kediaman penduduk, beberapa bangunan awam turut dilaporkan terjejas akibat kejadian tersebut. Antara premis yang terlibat ialah SABDA, Tadika KEMAS 2, Balairaya Felda Jerangau B, Balairaya JPKM Tangki Air, Masjid Muhajirin, D'Mart, Dewan Sivik serta Pusat Perniagaan.

Kejadian ribut tersebut turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk, khususnya mereka yang kediaman dan premisnya terjejas.

Maklumat lanjut berkaitan tahap kerosakan, jumlah kerugian serta bantuan kepada mangsa masih dalam proses penilaian dan pengumpulan maklumat oleh pihak berkaitan.

Orang ramai khususnya penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan supaya terus berwaspada dan mengutamakan keselamatan sekiranya berlaku cuaca buruk susulan.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan