Jalur Gemilang
Berita :
Banjir Kuala Nerus Pulih, PPS Dewan Serbaguna Tok Jembal Ditutup
Banjir Kuala Nerus Pulih, PPS Dewan Serbaguna Tok Jembal Ditutup
Noraini Jusoh
3 jam yang lepas
107

KUALA TERENGGANU, 25 November – Situasi banjir di daerah Kuala Nerus pulih sepenuhnya apabila Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Tok Jembal ditutup secara rasmi kira-kira jam 3 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, penutupan itu membolehkan 151 mangsa daripada 42 keluarga yang terjejas banjir pulang ke kediaman masing-masing secara berperingkat bermula jam 10 pagi tadi.

"PPS berkenaan dibuka pada Isnin lalu dengan menempatkan 123 mangsa daripada 36 keluarga sebelum jumlah itu meningkat kepada 151 mangsa daripada 42 keluarga berikutan pertambahan penduduk yang dipindahkan.

"Bagaimanapun, jumlah mangsa yang masih berlindung di PPS berkenaan berkurangan kepada 140 orang daripada 38 keluarga sehingga jam 12 tengahari tadi, " ujarnya. 



Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan