Jalur Gemilang
Berita :
Bola Jaring, Golf Sumbang Dua Emas Buat Terengganu
Bola Jaring, Golf Sumbang Dua Emas Buat Terengganu
Ahmad Zaeem Zainudin
1 hari yang lepas
105

KUALA NERUS, 20 Oktober - Kontinjen Pegawai Tadbir Negeri (PTN) Terengganu meraih dua pingat emas menerusi acara bola jaring dan golf pada hari ketiga penganjuran Sukan Empat Negeri 2026, hari ini.

Pingat emas acara bola jaring diraih selepas Terengganu menewaskan Johor 12-10 dalam perlawanan terakhir, sekali gus melengkapkan kempen dengan cemerlang.

Terdahulu, Terengganu turut mencatat kemenangan besar, 24-1 ke atas Kelantan dan 19-7 ketika menentang Kedah.

Dalam aksi menentang Johor, Terengganu bangkit menguasai permainan selepas kedua-dua pasukan terikat 5-5 sebelum membuka jurang kepada 11-6.

Meskipun Johor cuba merapatkan kedudukan, Terengganu berjaya mempertahankan kelebihan apabila menamatkan perlawanan dengan kemenangan 12-10.

Dalam masa sama, Terengganu juga berjaya melangkah ke final bagi acara sepak takraw yang dijadualkan untuk berlangsung pada malam ini.


Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan