Jalur Gemilang
Berita :
Empat Daerah Terengganu Berisiko Banjir 24 Hingga 27 November
Empat Daerah Terengganu Berisiko Banjir 24 Hingga 27 November
Rohayati Ripin
14 jam yang lepas
527

KUALA TERENGGANU, 22 November – Empat daerah di Terengganu termasuk kawasan hotspot, rendah dan berisiko banjir diramal berdepan kemungkinan banjir dalam tempoh 24 hingga 27 November ini.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) dalam Ramalan Awal Banjir Negeri Terengganu yang dikeluarkan pada 8 pagi tadi menyenaraikan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman sebagai kawasan yang berpotensi terjejas.

Bagi Hulu Terengganu, risiko melibatkan Lembangan Sungai Terengganu dan Lembangan Sungai Marang, manakala Marang pula merangkumi Lembangan Sungai Marang, Sungai Ibai dan Sungai Merchang.

"Daerah Hulu Terengganu ialah Lembangan Sg. Terengganu (Sungai Berang, Sungai Por, Sungai Tersat, Sungai Peneh, Sungai Telemong, Sungai Pueh, Sungai Kepar, Sungai Tepis, Sungai Jeneris, Sungai Ajil, Sungai Mali, Sungai Lerek, Sungai Telembuh, Sungai Peroh, Sungai Pertang, Sungai Akob dan Sungai Berua.

"Lembangan Sungai Marang (Sungai Maskara, Sungai Ara, Sungai Lerek, Sungai Peroh)

"Lembangan Sungai Marang (Sungai Marang, Sungai Asing, Sungai Cador, Sungai Gali, Sungai Kerak, Sungai Kijing, Sungai Kubu, Sungai Merchang, Sungai Paya Debek, Sungai Rinting, Sungai Temala)

 "Lembangan Sungai Ibai (Sungai Ibai, Sungai Buaya) manakala lembangan Sungai Merchang (Sungai Asing, Sungai Kerengga, Sungai Tok Fakir),"ujar  kenyataan itu.

Sementara itu, Dungun membabitkan Lembangan Sungai Dungun, Sungai Paka, Sungai Sura dan Sungai Abang, manakala Kemaman melibatkan Lembangan Sungai Kemaman, Cerul, Kemasik, Kerteh dan Kijal.

"Lembangan Sungai Dungun (Sungai Dungun, Sungai Ceniah, Sungai Gombang, Sungai Jagung, Sungai Jengai, Sungai Jerangau, Sungai Keliyu, Sungai Kelmin, Sungai Loh, Sungai Paka, Sungai Pimpin, Sungai Rekam, Sungai Wa)

"Lembangan Sungai Paka (Sungai Paka, Sungai Beril, Sungai Besol), Lembangan Sungai Sura (Sungai Sura), Lembangan Sungai Abang (Sungai Jara), ujarnya.

PRABN memaklumkan ramalan berkenaan dibuat berdasarkan analisis data hidrologi model ramalan banjir dan bertujuan membolehkan penduduk, khususnya mereka yang tinggal di kawasan berisiko, membuat persediaan awal.

JPS turut mengingatkan bahawa banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada masa yang dijangkakan.

Sehubungan itu, penduduk dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mengikuti perkembangan semasa serta mematuhi arahan pihak berkuasa dan agensi pengurusan bencana sekiranya keadaan memerlukan.

Maklumat terkini berkaitan keadaan banjir boleh diperoleh melalui laman rasmi InfoBanjir JPS dan aplikasi MyPublicInfoBanjir.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan