Jalur Gemilang
Berita :
Gotong-royong Pasang Atap Ringankan Beban Mangsa Ribut
Gotong-royong Pasang Atap Ringankan Beban Mangsa Ribut
Mohd Irsyadi Abu Bakar
1 jam yang lepas
40

Oleh: Syahida Nur Izzah Ariffin

DUNGUN, 6 September –Semangat kesukarelawanan dan keprihatinan terhadap nasib mangsa bencana diteruskan menerusi Program Gotong-Royong Pasang Atap (Bencana) yang berlangsung di kawasan Felda Jerangau, hari ini.

Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Bukit Besi dengan kerjasama Khidmat Malaysia Dungun, Jabatan Amal Dungun dan Felda itu diadakan sebagai usaha membantu mangsa yang terjejas akibat ribut baru-baru ini.

Program yang bermula pada jam 8.30 pagi itu turut melibatkan orang ramai, sahabat serta sukarelawan yang membantu kerja-kerja pemasangan atap di kediaman mangsa.

Kerjasama pelbagai pihak itu bukan sahaja dapat mempercepatkan proses pemulihan kediaman mangsa, malah menjadi manifestasi budaya saling membantu dan prihatin terhadap masyarakat yang berdepan kesusahan.

Pendekatan turun padang seumpama itu turut memperlihatkan peranan sukarelawan dalam membantu meringankan beban masyarakat ketika berdepan musibah, khususnya apabila kerosakan kediaman memerlukan tindakan segera.

Selain itu, ia membawa mesej bahawa semangat gotong-royong dan kebersamaan masyarakat mampu menjadi kekuatan dalam membantu mereka yang ditimpa bencana.
Program itu turut menjadi wadah untuk menyemarakkan budaya sukarelawan dalam kalangan masyarakat setempat, selain membuktikan bahawa bantuan tidak semestinya dalam bentuk kewangan, sebaliknya tenaga, masa dan kemahiran juga amat bermakna kepada golongan yang memerlukan.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan