Jalur Gemilang
Berita :
Jalan Jakar dan Jalan Abdul Rahman Ditutup 18 Oktober Bagi Penggambaran
Jalan Jakar dan Jalan Abdul Rahman Ditutup 18 Oktober Bagi Penggambaran
Ridhwan Balian
1 jam yang lepas
73

KEMAMAN, 16 Oktober – Jalan Jakar dan Jalan Abdul Rahman di Kemaman akan ditutup sementara pada Ahad, 18 Oktober 2026, bagi memberi laluan kepada urusan penggambaran.

Penutupan bermula dari kawasan Kedai Casio sehingga Kedai Basikal Hup Hin Cycle itu dijadualkan berlangsung dari jam 7 pagi hingga 11 malam.

Pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal serta menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan sepanjang tempoh penutupan berkenaan.

Orang ramai turut diminta mematuhi arahan petugas di lokasi dan papan tanda yang disediakan demi memastikan kelancaran urusan penggambaran serta keselamatan semua pengguna jalan raya.

Pihak berkaitan memohon kerjasama dan maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul, selain menghargai sokongan serta kerjasama masyarakat sepanjang tempoh penutupan tersebut.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan