lightning-solid
Berita :
Jalur Gemilang Megah Di Dasar Laut,Terengganu Labuh Tukun Ke-136 Di Kuala Nerus
Jalur Gemilang Megah Di Dasar Laut,Terengganu Labuh Tukun Ke-136 Di Kuala Nerus
Hidayah Azlin
2 jam yang lepas
55

TERENGGANU , 30 Ogos – Jalur Gemilang kini megah berkibar di dasar laut perairan Kuala Nerus bersempena dengan pelabuhan tukun tiruan ke-136 bagi Negeri Terengganu untuk tahun 2026.

Inisiatif pemeliharaan ekosistem maritim yang berterusan ini disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr. Azman Ibrahim.

Menurut beliau, usaha memperkasakan kawasan pembiakan hidupan laut ini belum berakhir dan pihak kerajaan negeri sedang giat menyiapkan baki pelabuhan tukun bagi mencapai sasaran keseluruhan sebanyak 155 unit pada tahun ini.

"Jalur Gemilang berkibar di dasar laut Kuala Nerus. Ini tukun ke-136 yang kita labuhkan di perairan Terengganu untuk tahun 2026. Ada lagi baki yang akan mencukupkan angka 155," katanya. 

Usaha pembinaan dan pelabuhan tukun tiruan ini bertujuan untuk meningkatkan sumber perikanan dengan menyediakan habitat selamat serta kawasan pembiakan baharu bagi pelbagai spesies hidupan laut. Inisiatif ini sekali gus membantu nelayan pantai mendapatkan hasil tangkapan yang lebih stabil dan dekat, selain memulihara ekosistem laut melalui pemulihan batu karang semula jadi.

Program penenggelaman tukun ini merupakan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Terengganu dalam memastikan sektor perikanan sentiasa mampan dan memelihara keterjaminan makanan bagi penduduk tempatan serta negara.


Tag :

Artikel Berkaitan