KUALA NERUS, 20 Oktober - Johor menempah tiket ke perlawanan akhir acara bola sepak Sukan Empat Negeri 2026 selepas menundukkan Terengganu 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi separuh akhir, malam tadi.
Kemenangan itu menyaksikan Johor bakal berdepan Kedah bagi merebut pingat emas, manakala Terengganu akan menentang Kelantan dalam perlawanan penentuan pingat gangsa.

Kedudukan seri itu kekal sehingga tamat masa permainan, termasuk masa tambahan, sekali gus memaksa penentuan dilakukan menerusi sepakan penalti.

Terdahulu, dalam satu lagi aksi separuh akhir, Kedah turut mengesahkan tempat ke perlawanan akhir selepas menewaskan Kelantan 7-6 menerusi penentuan sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Manakala, pergelutan akhir untuk merebut gelaran juara bagi acara ini antara Johor dan Kedah akan berlangsung pada jam 8.30 malam, di tempat yang sama.