Artikel "Semasa" Terkini
Ahmad Samsuri Umum Pertahan Jawatan Naib Presiden PAS
KUALA TERENGGANU, 26 Ogos – Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan akan mempertahankan jawatan yang disandangnya dalam pemilihan bulan depan.
Dalam kenyataannya, Menteri Besar Terengganu itu menzahirkan penghargaan kepada semua kawasan PAS di seluruh negara yang mencalonkan beliau untuk terus berada di barisan kepimpinan tertinggi...
26 Aug 25
744
Punca Kehilangan Ikan Kelah Terungkai
KUALA TERENGGANU, 26 Ogos - Misteri kehilangan ikan kelah di Santuari Kelah, Tasik Kenyir sejak beberapa minggu lalu bukanlah disebabkan oleh kehadiran haiwan pemangsa sebaliknya ia dipercayai berpunca daripada aktiviti manusia.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, penemuan pukat di kawasan berkenaan...
26 Aug 25
1997
Jaminan Pemulihan Santuari Kelah, Pelancong Tidak perlu Bimbang
KUALA TERENGGANU, 25 Ogos - Kerajaan negeri memberi jaminan bahawa usaha pemuliharaan ikan kelah di Tasik Kenyir akan dipergiatkan, sekali gus memastikan Santuari Kelah terus kekal sebagai tarikan pelancongan di Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, pelancong tidak perlu bimbang kerana...
26 Aug 25
1498
Vape: Larangan Jualan Dikuatkuasa, Premis Ingkar Disita
KUALA TERENGGANU, 25 Ogos – Kerajaan Terengganu memperkukuh ketegasan membanteras vape dengan melaksanakan larangan jualan bermula 1 Ogos lalu, termasuk tindakan sitaan dan kompaun terhadap premis yang berdegil.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Program Khas Gomo Asap dianjurkan untuk mendidik masyarakat mengenai...
25 Aug 25
2213
Medium Semai Semangat Patriotisme Generasi Muda
KUALA TERENGGANU, 25 Ogos – Program Briswalk Merdeka 2025 bukan sekadar aktiviti santai, sebaliknya menjadi wadah penting untuk menyemai semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tanah air dalam kalangan rakyat, khususnya generasi muda.
Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman, Harun Esa berkata, inisiatif ini memberi makna besar kerana ia mengingatkan kembali...
25 Aug 25
599
Briskwalk Jiwa Merdeka Pupuk Patriotisme Komuniti Batu Buruk
KUALA TERENGGANU, 25 Ogos – Suasana penuh semangat patriotik mewarnai Program Briskwalk Jiwa Merdeka 2025, senaman kardio 'jalan cepat' sambil mengibarkan Jalur Gemilang sejauh dua kilometer di sekitar Dataran Batu Buruk, pagi ini.
Program anjuran bersama Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu Buruk...
25 Aug 25
930
Projek RPMM Banggol Pauh Capai 70 Peratus, Siap April 2026
KUALA NERUS, 24 Ogos – Projek Rumah Pangsapuri Mampu Milik (RPMM) Banggol Pauh kini mencapai kemajuan hampir 70 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada April 2026.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, LSr Zaharuddin Zahid, berkata projek berkenaan bakal menyediakan 162 unit rumah, termasuk dua unit khas untuk golongan...
24 Aug 25
2955
‘Pasukan Sorak’ Fitnah Terdesak Untuk Tutup Malu Sendiri - SU Politik Dr. Sam
KUALA TERENGGANU, 24 Ogos – Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu menafikan tuduhan kononnya wujud 'pasukan sorak MB Terengganu' dalam acara RXZ Members 7.0, menyifatkannya sebagai fitnah dan tuduhan tidak berasas.
Mohd Soud Said menegaskan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Samsul Iskandar Mohd Akin serta...
24 Aug 25
716
Wanita Tonggak Keluarga, Pemacu Pembangunan Negara – Ketua Polis Dungun
KUALA TERENGGANU, 24 Ogos – Memperkasa wanita dengan ilmu, kesedaran dan kemahiran adalah asas penting dalam membentuk kepimpinan yang mampu menjadikan mereka tonggak keluarga serta penyumbang utama kepada pembangunan negara.
Ketua Polis Dungun, Supritenden Maizura Abdul Kadir berkata, wanita merupakan pemimpin pertama dalam sesebuah keluarga, justeru mereka perlu diperkayakan dengan...
24 Aug 25
686
Pelaksanaan Dasar Wanita Terengganu Perlu Kesungguhan Politik
KUALA TERENGGANU, 24 Ogos – Pegawai Hal Ehwal Bukan Islam kepada Menteri Besar Terengganu, Dr. Balachandran Gopal Krisnan menegaskan bahawa kejayaan Dasar Wanita Terengganu bergantung kepada kesungguhan politik serta pelaksanaan yang menyeluruh dan inklusif.
Beliau berkata, meskipun dasar tersebut telah dirangka secara komprehensif, masih wujud persepsi dalam kalangan sesetengah pihak...
24 Aug 25
469