Artikel "Utama" Terkini
Surau Berusia 20 Tahun Dinaik Taraf
KUALA TERENGGANU, 20 Jun - Kerajaan negeri melalui anak syarikatnya Eastern Pacific Corporation bhd (Kumpulan EPIC) menaik taraf surau di kawasan Taman Rekreasi Batu Buruk dengan kos RM100,000.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata langkah itu diambil setelah menerima aduan serta rungutan orang ramai mengenai kemudahan tempat...
20 Jun 24
1038
Kumpulan EPIC Catat Perolehan RM344 Juta
KUALA TERENGGANU, 20 Jun- Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (Kumpulan EPIC) mengumumkan perolehan sebanyak RM344.0 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023(TK2023), peningkatan daripada RM343.1 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2022 (TK2022).
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC, Ts. Muhtar Suhaili menjangkakan, pertumbuhan perolehan akan meningkat lebih...
20 Jun 24
670
Rakyat Dedikasi Lagu 'Diesel Naik Harga' Buat Kerajaan
Biarpun sudah lebih 10 hari berlalu, rakyat Malaysia masih belum puas bercakap tentang isu kenaikan harga diesel.
Bukan hanya orang muda yang bersuara, malah masyarakat pelbagai peringkat umur dan latar belakang turut mempamerkan pandangan serta rasa ‘geram’ masing-masing.
Justeru sebagai tanda ‘mengingati’ tindakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, wujud...
20 Jun 24
1175
1,500 Pek Daging Korban Diagih Kepada B40
Oleh : Syahida Mohd
KUALA NERUS, 20 Jun – Sebanyak 1,500 pek daging korban telah diagihkan kepada rakyat kurang berkemampuan dalam Majlis Korban Perdana Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh yang diadakan di Surau Kampung Pak Tuyu semalam.
ADUN Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, sebanyak 10 ekor lembu dan dua...
20 Jun 24
406
Operasi Dua Kren Baharu Tingkatkan Kecekapan Pelabuhan Kemaman
KEMAMAN, 19 Jun - Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC Berhad) telah melancarkan operasi dua kren gantri baharu dan tali sawat (conveyor belt) di Dermaga Timur, Pelabuhan Kemaman, dalam meningkatkan kecekapan dan kapasiti pengendalian pelabuhan, baru-baru ini.
Pengurus Besar Kanan Pelabuhan dan Perkhidmatan Marin, Ashari Mohammad berkata penyediaan insfrastruktur ini...
19 Jun 24
494
Kerajaan Digesa Wujud Jawatankuasa Selesai Isu Penyeludupan Diesel
KUALA TERENGGANU, 19 Jun - Kerajaan disyorkan mewujudkan satu Jawatankuasa Kabinet rentas kementerian dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri bagi mencari penyelesaian kepada isu penyeludupan diesel.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, ucapan Menteri Ekonomi yang mendakwa berleluasanya kegiatan penyeludupan diesel di...
19 Jun 24
419
Sultan Mizan Solat Aidiladha di Masjid Al-Muktafi Billah Shah
KUALA NERUS, 17 Jun- Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, hari ini.
Keberangkatan tiba Baginda diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bersama Yang di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Puteri Daulath Raja pada jam 7.50 pagi....
17 Jun 24
840
Perhimpunan Terbesar di Padang Arafah, Lambang Kekuatan Umat Islam
KUALA TERENGGANU, 16 Jun – Kerajaan negeri menyeru umat Islam untuk merebut peluang keampunan yang terbuka luas pada Hari Arafah, sambil menegaskan bahawa perhimpunan besar umat Islam di Padang Arafah adalah lambang kekuatan umat Islam di seluruh dunia.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul...
16 Jun 24
719
Terengganu Lebur 'Mimpi' Perak
KUALA NERUS, 14 Jun- Terengganu Football Club (Terengganu FC) bangkit dari ketinggalan 1-0 untuk menang tipis 2-1 ke atas Perak FC dalam saingan Piala FA, malam ini.
Pengendali pasukan, Tomislav Steinbruckner membuat perubahan besar apabila penjaga gol utama yang pulih dari kecederaan, Mohd Suhaimi Husin diturunkan buat kali pertama musim...
14 Jun 24
862
Hampir 100 Banduan PBSL Terengganu Berjaya Teruskan Hidup
MARANG, 13 Jun- Hampir 100 peratus banduan yang mengikuti program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) di Terengganu berjaya meneruskan kehidupan di luar 'jeriji besi' setelah dibebaskan.
Pengarah Penjara Terengganu, PKK Hamid Taha berkata, hanya lima prospek yang masuk kembali daripada jumlah banduan dibebaskan setakat ini.
"Sehingga kini, telah lebih 1,500...
13 Jun 24
1075