Artikel "Utama" Terkini
Qubaz Suites Bakal Lonjak Sektor Pelancongan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 21 Mei - Usaha kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) membangunkan projek Qubaz Suites@Kuala Terengganu menjanjikan potensi besar dalam merancakkan lagi pembangunan bandar sekali gus melonjakkan sektor pelancongan dan sosiol ekonomi penduduk negeri ini.
Projek usaha sama antara MBKT dan pemaju hartanah, Exsim Development Sdn Bhd...
21 May 24
3527
Lonjakan Perniagaan perkasa Usahawan Hadapi Cabaran Dunia Semasa
KUALA TERENGGANU, 21 Mei - Program Taklimat Lonjakan Perniagaan merupakan inisiatif pihak kerajaan memperkasakan usahawan agar mampu menghadapi cabaran eknomi dunia hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata program ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan yang lebih jitu kepada para...
21 May 24
462
RM1.3 Juta Rokok Seludup Dilupuskan
KUALA TERENGGANU, 21 Mei- Sebanyak 190 kotak besar rokok seludup dianggarkan bernilai RM1.3 juta dilupuskan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Terengganu, semalam.
Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata, rokok yang dirampas Maritim Terengganu di kawasan perairan Besut pada April lalu dipercayai diseludup daripada negara...
21 May 24
558
'Peluh' Ibu Bapa Bawa Tiga Beradik ke Tanah Suci
KUALA NERUS, 21 Mei – Pengorbanan ibu bapa yang tiada hentinya dalam menabung telah membawa kepada penunaian impian tiga anak mereka untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci.
Rezeki terpilih untuk menunaikan haji itu tidak disangka oleh tiga beradik yang berasal dari Gong Badak apabila dapat bersama melaksanakan rukun Islam yang...
21 May 24
341
Sultan Terengganu Titah Bakal Jemaah Haji Doakan Kesejahteraan Negara
KUALA TERENGGANU, 20 Mei – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, menitahkan bakal jemaah haji negeri Terengganu untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan negara sepanjang berada di Tanah Suci.
Dalam titahnya, baginda mengucapkan tahniah kepada semua bakal jemaah haji yang telah dipilih oleh Allah SWT untuk menunaikan ibadat haji.
Baginda menekankan...
20 May 24
568
UC TATI Pilihan Tepat Lepasan SPM Jadi Graduan Berkemahiran Tinggi
KUALA TERENGGANU, 20 Mei - Kolej Universiti TATI (UC TATI) merupakan pilihan tepat untuk anak negeri Terengganu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi graduan berkemahiran tinggi dalam memenuhi pasaran kerja dan permintaan industri masa kini.
Timbalan Rektor UC TATI, Ts. Dr. Mohd Najib Muhamed berkata kolej universiti itu menawarkan program...
20 May 24
1598
139 Jemaah Haji Terengganu Berangkat ke Tanah Suci
KUALA NERUS, 20 Mei– Seramai 139 jemaah haji Terengganu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Setelah tiba di KLIA, semua jemaah menaiki penerbangan KT032T dan bertolak ke Makkah pada jam 4.00 pagi hari ini.
Ini merupakan penerbangan haji yang ke-30, dan...
20 May 24
2654
Polis Terengganu Tingkatkan Tahap Keselamatan Balai
KUALA TERENGGANU, 20 Mei - Polis Kontinjen Terengganu telah meningkatkan tahap keselamatan di semua balai dan pondok polis di negeri ini mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada.
Ketua Polis Terengganu, Dato' Mohd Khairi Khairuddin berkata, langkah itu diambil ekoran kejadian serangan yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram yang...
20 May 24
664
Terengganu Honey House Pusat Sehenti Jual Produk Madu
KUALA NERUS, 20 Mei – Terengganu Honey House akan menjadi ‘one stop centre’ sebagai premis jualan dan bekalan madu tempatan tulen serta berkualiti, pertama di negeri dan juga di Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata ‘Honey House’ sebagai perintis dan...
20 May 24
1548
Sultan Terengganu Rasmi Wisma Audit Negeri Terengganu
KUALA TERENGGANU, 19 Mei - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli merasmikan Wisma Audit Negeri Terengganu yang merupakan bangunan Jabatan Audit Negara kelapan.
Keberangkatan tiba Baginda diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bersama Yang di-Pertuan Muda Terengganu serta Tengku Puteri Daulath Raja pada jam 11.20 pagi.
Keberangkatan...
19 May 24
1211