Artikel "Utama" Terkini
Rakyat Tak Setuju Bubar DUN
KUALA TERENGGANU, 16 Oktober - Langkah yang diambil oleh kerajaan negeri tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) merupakan suatu keputusan yang tepat sebagai persediaan membantu rakyat ketika menghadapi banjir.
Mantan Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, seandainya berlaku pembubaran DUN secara serentak rakyat akan protes dan kecewa kerana...
16 Oct 22
983
TFC Terbang Ke Asia
KUALA TERENGGANU, 15 Oktober - Terengganu Football Club (TFC) kendalian Nafuzi Zain layak ke peringkat Asia secara merit apabila mencatatkan kemenangan ke atas Kedah FC dengan jaringan 3-1 dalam aksi terakhir Liga Super di Stadium Darul Aman tadi.
Kemenangan hasil daripada dua jaringan Tchetche Kipre dan Faisal Halim (1) sekali...
15 Oct 22
1001
Kejohanan Kuda Lasak Bertaraf Dunia
SETIU, 16 Oktober – Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan Cup 2022 yang mendapat pengiktirafan Persekutuan Sukan Ekuestrian Antarabangsa (FEI) menerima penyertaan seramai 54 orang peserta dalam kejohanan bermula semalam.
KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin turut berkenan mencemar duli mengambil bahagian dalam kategori antarabangsa iaitu CEI 2*120 KM dan Baginda...
15 Oct 22
1157
MN Belum Berkubur, Politik Baru Perlu Ditekuni
KUALA TERENGGANU, 15 Oktober- Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga merupakan Naib Presiden PAS menyifatkan, usaha menyatukan parti-parti terbesar Melayu belum berakhir.
"Kalau dihayati kuliah dan penjelasan Tuan Guru (Tan Sri Dato' Seri Abdul Hadi Awang) semalam, kita boleh faham bahawa Muafakat Nasional (MN) bukan...
15 Oct 22
690
LUHAM Bantu Suburkan Proses Demokrasi
KUALA TERENGGANU, 15 Oktober - Pertubuhan Kebajikan Lepasan Pelajar Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM Care)Terengganu akan membantu menyuburkan proses demokrasi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 nanti.
Setiausahanya, Dato' Fariz Dato' Mustafa berkata pendedahan kepada orang ramai mengenai Undang-Undang Pilihan Raya dan pemakaian undang-undang terkini adalah penting.untuk sistem pentadbiran...
15 Oct 22
885
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri
KUALA TERENGGANU, 14 Oktober – Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
Beliau menyifatkan bahawa dakwaan demikian timbul daripada pemerhati yang tidak berada dalam gelanggang politik sebenar bagi menghadapi...
14 Oct 22
1006
PN Muktamad Pembahagian Kerusi Dalam Masa Terdekat
KUALA TERENGGANU, 14 Oktober – Perikatan Nasional (PN) bakal memuktamadkan pembahagian kerusi bersama parti gabungannya dalam masa terdekat bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Moktar berkata PN akan mengadakan perbincangan lanjut susulan keputusan Parti Islam Se-Malaysia (Pas) memilih untuk bersama PN berbanding UMNO....
14 Oct 22
568
PAS Tidak Gopoh Kait Buah Yang Belum Ranum! – Abdul Hadi
MARANG, 14 Oktober – Keputusan PAS yang mengambil langkah mengukuhkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bukannya dengan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi PRU ke-15 disifatkan tidak tergopoh-gopoh mengait buah yang belum masak.
Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, umpama buah durian, usah kait cepat sangat, kalau...
14 Oct 22
996
Penyertaan IGMR22 Dibuka Hingga 31 Oktober
KUALA TERENGGANU, 17 Oktober - Pendaftaran bagi Kejohanan berbasikal antarabangsa ‘International Golden Monsoon Ride 2022’ (IGMR22) edisi kedua anjuran Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) dilanjutkan sehingga 31 Oktober ini bagi memberi peluang lebih ramai penyertaan.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja berkata, penganjuran kali ini bakal diadakan di Terengganu International...
14 Oct 22
633
Lebih 11,000 Petugas KKM Siap Sedia Hadapi Banjir
KUALA TERENGGANU, 13 Oktober - Lebih 11,000 kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersedia ditugaskan sepanjang musim banjir termasuk bertugas di pusat pemindahan sementara (PPS).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mereka ditugaskan untuk memastikan kebersihan di PPS terjaga dan juga melakukan saringan bagi mengelak risiko jangkitan...
13 Oct 22
417