Artikel "Utama" Terkini
Sungai Di Terengganu Menunjukkan Trend Penurunan
KUALA TERENGGANU,19 Disember - Paras air di kebanyakan sungai di Terengganu mula menunjukkan trend penurunan setakat jam 8 pagi.
Berdasarkan laporan infobanjir.water.gov.my, hanya satu sungai melepasi paras bahaya iaitu Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman dengan bacaan 18.53 meter (m) melepasi paras normal 15 m.Sementara itu, lima lagi sungai melepasi...
19 Dec 21
539
3,000 Sukarelawan Terengganu Bantu Mangsa Banjir Lembah Klang
KUALA TERENGGANU, 19 Disember – Lebih 3,000 sukarelawan daripada pelbagai pertubuhan belia dan badan bukan kerajaan (NGO) di Terengganu bersiap sedia membantu mangsa banjir di Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata sekurang-kurangnya 100 sukarelawan di...
19 Dec 21
1995
Terengganu Tawar Bantuan Banjir Kepada Selangor
KUALA TERENGGANU, 19 Disember - Kerajaan Terengganu menawarkan bantuan banjir kepada Selangor bagi membantu rakyat yang terjejas di sana.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau telah menghubungi dan memaklumkan perkara itu kepada Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari.
"Saya telah menelefon beliau sebentar tadi dan...
19 Dec 21
1501
Beberapa Laluan Lebuhraya KLK Dan LPT1 Ditutup Akibat Tanah Runtuh, Banjir
KUALA TERENGGANU, 19 Disember- Beberapa laluan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT)1 ditutup akibat tanah runtuh dan banjir berikutan hujan lebat sejak semalam.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Anih Berhad, sehingga jam 9 pagi tadi hanya laluan Lebuhraya KLK dari Genting menghala ke Gombak boleh...
19 Dec 21
1144
Jualan Keluarga Malaysia Tawar Potongan Harga Sehingga 20 Peratus
KUALA TERENGGANU, 18 Disember - Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di setiap daerah yang menawarkan potongan harga sehingga 20 peratus berjaya membantu masyarakat Terengganu yang terbeban dengan peningkatan harga barang.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, usaha kerajaan menerusi Kementerian...
19 Dec 21
2185
Dua Lagi PPS Dibuka, Bilangan Mangsa Banjir Terengganu Terus Meningkat
KUALA TERENGGANU, 19 Disember- Kemaman menjadi daerah terbaharu dilanda banjir apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.
Ia sekali gus menjadikan dua daerah di Terengganu terjejas akibat bah itu selepas Dungun.
Laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu sehingga 12 tengah hari menunjukkan keseluruhan 326 mangsa membabitkan 101 keluarga sudah...
19 Dec 21
4096
Mangsa Banjir Di Dungun Kembali Meningkat
DUNGUN, 19 Disember- Mangsa banjir di Terengganu kembali meningkat kepada 261 orang susulan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) pada tengah malam tadi.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, terdahulu hanya merekodkan seramai 248 mangsa daripada 85 keluarga di dua PPS.
“Namun ia meningkat kembali setelah PPS Dewan Orang Kampung...
19 Dec 21
1517
Jawatankuasa Khas Ditubuh, Lestarikan Setiu Wetland
SETIU, 19 Disember- Kerajaan negeri melalui Majlis Pengurusan Taman negeri mengambil langkah proaktif apabila menubuhkan jawatankuasa khas 'Forest Gardening' dalam usaha memastikan kelestarian Taman Negeri Setiu Wetland terpelihara serta dipulihara dengan sebaiknya.
Jawatankuasa tersebut dianggotai Pejabat Daerah Setiu, Majlis Daerah Setiu, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Jabatan Perhilitan negeri, Institut Penyelidikan...
19 Dec 21
2241
PPS Pasir Raja Catat 177 Mangsa Banjir
Oleh: Amiruddin Zamri
DUNGUN,18 Disember- Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pasir Raja meningkat daripada 29 orang ke 117 orang mangsa banjir menjadikan 64 buah keluarga setakat tengah hari tadi.
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri(DUN) Haji Ghazali Sulaiman berkata, penduduk kampung memaklumkan paras air sungai Pasir Raja telah naik seawal jam...
18 Dec 21
1473
Banjir : Amaran Hujan Berterusan Sehingga Esok, 223 Mangsa Dipindahkan
KUALA TERENGGANU, 18 Disember - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan dijangka berlaku di Terengganu sehingga esok.
Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata, amaran waspada cuaca berterusan juga peringkat kuning melibatkan seluruh kawasan Terengganu manakala amaran hujan berterusan buruk membabitkan 12 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur...
18 Dec 21
619